Wanita dicekup jadi penghantar barangan kosmetik seludup

Seorang wanita ditahan semasa mengambil barangan kosmetik yang diseludup di pangkalan haram Tanjung, Tumpat pada Khamis. Gambar kanan: Barangan kosmetik yang dirampas.
Seorang wanita ditahan semasa mengambil barangan kosmetik yang diseludup di pangkalan haram Tanjung, Tumpat pada Khamis. Gambar kanan: Barangan kosmetik yang dirampas.
A
A
A

TUMPAT - Seorang wanita ditahan semasa mengambil barangan kosmetik yang diseludup di pangkalan haram Tanjung di sini pada Khamis.

Tangkapan jam 5 petang itu dilakukan anggota Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas mengesan suspek berusia 30 tahun yang memandu trak pikap jenis Toyota Hilux dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, semasa menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan, anggotanya telah melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut dan menjumpai pelbagai barang kosmetik yang dipercayai diseludup dari Thailand tanpa dokumen yang sah.

"Wanita terbabit dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup barang kosmetik tersebut ke pasaran tempatan.

"Anggaran nilai rampasan keseluruhan bernilai RM12,250 dan kes disiasat bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya pada Jumaat.

Menurut beliau, suspek dan barangan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!