PU Azman ke Penjara Kajang serta-merta

Pendakwah selebriti Azman Syah Alias (tengah) atau lebih dikenali sebagai PU Azman dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dengan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lepas. Foto Bernama

A
A
A

KLANG – Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat memerintahkan pendakwah selebriti, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman, menjalani hukuman di Penjara Kajang selama 24 tahun dan dua sebatan, serta-merta.

Hakim, Noridah Adam memutuskan demikian selepas menolak permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman oleh peguam, Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili Azman, 43.

“Permohonan peguam untuk penangguhan pelaksanaan ini ditolak kerana tiada keadaan khas dikemukakan oleh pembelaan kepada mahkamah,” katanya.

Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna biru gelap, kemudiannya mengangguk faham selepas ditanya hakim sama ada dia memahami keputusan mahkamah berkenaan.

Semasa hujahan, peguam, Mohamad Zahid Ahmad berkata, pembelaan memohon mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, kerana anak guamnya merupakan pesalah pertama dan tidak pernah disabitkan atas jenayah lampau.

Menurutnya, kebarangkalian dia terlibat dengan kes jenayah semasa menunggu rayuan, adalah tipis.

“Jika mahkamah meneruskan hukuman, ia akan menyukar kami untuk menyediakan pembelaan untuk kes lain, termasuk permohonan rayuan yang terbaik.

“Untuk makluman mahkamah, dia masih berdepan kes sama di Mahkamah Sesyen Ampang, Shah Alam dan Klang, Selangor serta Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!