JPJ mahu kekosongan jawatan pegawai, anggota diisi tahun depan

Aedy Fadly (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.
Aedy Fadly (tengah) ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengakui masih terdapat kekosongan penjawatan yang perlu diisi terutama di negeri Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dalam usaha menaik taraf perkhidmatan jabatan berkenaan kepada rakyat.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keperluan itu meliputi kekosongan di pelbagai bidang terutamanya penguatkuasaan, perkhidmatan terasnya dalam kejuruteraan automotif selain pelesenan kenderaan dan pemandu yang akan bertugas di kaunter-kaunter JPJ.

Menurutnya, kerana itu pihaknya akan meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk meluluskan permohonan pegawai dan anggota supaya penjawatan kosong itu dapat diisi pada tahun depan.

Aedy Fadly (dua,kiri) ketika mengucapkan tahniah kepada Mohamad Faqrul Airman (tiga,kiri) selepas majlis itu.
Aedy Fadly (dua,kiri) ketika mengucapkan tahniah kepada Mohamad Faqrul Airman (tiga,kiri) selepas majlis itu.

"Kita ingin mengambil lebih ramai lagi anggota dan pegawai pada tahun depan dan kami jangkakan sekiranya dibenarkan dan diluluskan JPA,m dan SPA kita akan ambil lebih daripada 250 pegawai dan anggota JPJ.

"Yang mana pada tahun depan pelbagai lagi operasi-operasi penguatkuasaan baru yang sedang dirancang sebab itu kita perlukan tambahan pegawai dan anggota ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pentauliahan Tamat Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dan Pengarah Akademi Pengangkutan Jalan, Dr. Azmi Awang.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pengisian kekosongan jawatan di jabatan tersebut selari dengan dasar kerajaan yang membenarkan JPJ mengisi 92 peratus penjawatan berbanding dengan sedia ada.

Ujar beliau, seperti di Kuala Lumpur dan Johor terdapat kekurangan yang mana pengisian jawatan dianggarkan hanya kira-kira 86 peratus sahaja dan perlu ditambah serta dipertingkatkan kepada 90 peratus ke atas.

Aedy Fadly (tengah) bergambar bersama 82 pelatih yang berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.
Aedy Fadly (tengah) bergambar bersama 82 pelatih yang berjaya menamatkan Kursus Asas Pegawai Pengangkutan Jalan Tahun 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan, Tiang Dua, Ayer Molek, di sini, pada Jumaat.

"Kita tak boleh penuhkan jawatan sehingga 100 peratus sama seperti jabatan kerajaan yang lain sebab itu kita perlu adakan perbincangan dan kelulusan pengisian jawatan ini daripada JPA," katanya lagi.

Pada majlis itu, seramai 82 orang pelatih berjaya menamatkan latihan selama tiga bulan selepas melapor diri di akademi berkenaan bermula pada 1 Julai lalu.

Selain itu seorang pelatih yang juga bekas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan, Mohamad Faqrul Aiman Mohd Fauzi,27 dipilih menerima anugerah kepimpinan dan keseluruhan terbaik sepanjang latihan itu berlangsung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!