Rumah terbakar, lelaki Rohingya melecur di tangan, kaki

Bomba sedang menjalankan operasi pemadaman api di rumah mangsa.
Bomba sedang menjalankan operasi pemadaman api di rumah mangsa.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki warga Rohingya melecur di tangan dan kaki selepas rumah yang didiaminya di Taman Ciku, di sini terbakar pada Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Pegawai Bomba Kanan I Faisyal Riza Abd Samad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.27 pagi.

Menurutnya, anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 70 peratus. Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki warga asing yang tidak dikenal pasti identitinya di dalam rumah tersebut.

Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Mangsa melecur di bahagian tangan dan kaki kiri.

"Dia diberi rawatan awal oleh anggota Insentif Rawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, kerja pemadaman turut dibantu BBP Bukit Mertajam dan pasukan bomba sukarela berhampiran.

"Kebakaran dapat dipadamkan dan kita telah melakukan kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan tiada bahaya yang lain.

Artikel Berkaitan:

"Operasi telah tamat sepenuhnya dan kita menyerahkan lokasi kepada pihak Bahagian Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!