Napoli sudah sedia kembali bersaing

Raspadori bersaing dengan pemain Palermo dalam saingan Piala Itali di Stadium Diego Armando Maradona. Foto Agensi
Raspadori bersaing dengan pemain Palermo dalam saingan Piala Itali di Stadium Diego Armando Maradona. Foto Agensi
A
A
A

PENYERANG Napoli, Giacomo Raspadori menegaskan gergasi Serie A itu sudah bersedia bersaing merebut kejuaraan apabila mengesahkan kemaraan ke Pusingan 16 Piala Itali menentang Lazio setelah membelasah kelab Serie B, Palermo 5-0.

“Tidak ada gunanya membuat perbandingan dengan tahun lalu ketika kami sedang membina semula mentaliti kemenangan.

“Mempunyai kesinambungan selama 90 minit seperti malam ini adalah asas, anda perlu mempunyai rentak yang betul untuk keseluruhan permainan,” kata Raspadori.

Sebagai rekod, juara Serie A 2022/23 itu menduduki tempat ke-10 musim lalu tersingkir daripada Piala Itali dan Liga Juara-Juara pada peringkat 16 terakhir.

Perlawanan di Stadium Diego Armando Maradona menyaksikan gol The Little Donkeys dijelmakan Cyril Ngonge (m-7, m-12), Juan Jesus (m-42), David Neres (m-70) sebelum bekas bintang Manchester United, Scott McTominay melengkapkan pesta jaringan tuan rumah dengan gol minit ke-77.

The Eagles kendalian Alessio Dionisi sebelum itu terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Aljosa Vasic dilayangkan kad merah pada minit ke-58.

Sementara itu, pengendali Napoli, Antonio Conte memuji profesionalisme pemain-pemainnya.

“Baki pemain-pemain musim lalu dan yang baharu telah berintegrasi dengan baik, dan kami bekerja dalam suasana yang betul. Kami membina semula di pangkalan lama dengan pemain yang telah membawa tenaga baharu dan serius,” kata Conte.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!