Suami pengasas kosmetik didenda RM500, digantung lesen

Arif (kiri) dan Ahmad Sufian dikawal polis keluar dari mahkamah menuju ke lokap selepas dijatuhi hukuman akibat berlumba bulan lalu.
Arif (kiri) dan Ahmad Sufian dikawal polis keluar dari mahkamah menuju ke lokap selepas dijatuhi hukuman akibat berlumba bulan lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Mahkamah Majistret di sini hari ini menggantung lesen memandu dua lelaki termasuk suami seorang pengasas barangan kosmetik selama enam bulan atas kesalahan menduga kelajuan kereta mewah jenis Mercedes Benz bulan lalu.

Majistret, Kamarul Hasyime Rosli turut memutuskan hukuman denda RM500 terhadap suami pengasas kosmetik itu, Arif Md Nor, 31, dan rakannya, Ahmad Sufian Abdullah, 32, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama berada menduga kelajuan kenderaan jenis Mercedes Benz berwarna kuning bernombor pendaftaran AKU 7471 dan F 2239.

Kesalahan itu dilakukan mereka di Jalan Kubang Kerian menghala ke Pasir Hor berhampiran Pusat Servis Honda Kubang Kerian di sini pada jam 2 pagi, 17 Januari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Aktalumb 333) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-dua sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Siti Aisyah Abdul Manah ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada kedua-dua tertuduh.

Laporan Sinar Harian 21 Januari lalu.
Laporan Sinar Harian 21 Januari lalu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kelantan merayu supaya diringankan hukuman terhadap mereka kerana sudah insaf.

Bulan lalu, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita berusia 30-an susulan kes perlumbaan haram membabitkan dua kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning di Jalan Kubang Kerian - Pasir Hor di sini.

Rakaman video kejadian itu turut dimuat naik ke laman Facebook dan menerima kecaman ramai kerana perbuatan didakwa mengganggu kelancaran lalu lintas dan berbahaya kepada orang awam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!