Postecoglou gembira Solanke pamer kemajuan
PENGURUS Tottenham Hotspur, Ange Postecoglou menyifatkan Dominic Solanke beransur-ansur mencapai tahap diharapkan The Lilywhites selepas penyerang itu menjaringkan satu gol dan mencipta satu bantuan ketika membelasah kelab Azerbaijan, Qarabag, 3-0 dalam aksi Liga Europa Stadium Tottenham Hotspur pada Jumaat.
Solanke, yang ditandatangani dari Bournemouth dalam perjanjian bernilai sehingga 65 juta pound memulakan musim ini dengan perlahan dan terlepas dua perlawanan selepas membuat penampilan sulung setelah mengalami kecederaan buku lali.
Jaringan pemain berusia 27 tahun itu minit ke-68 menentang Qarabag adalah yang kedua selepas meledak gol ketika membantu kebangkitan menang 3-1 ke atas Brentford dalam aksi liga sebelum ini.
The Lilywhites dalam perlawanan itu kehilangan terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kehilangan Radu Dragusin seawal minit ketujuh.
“Dia telah mula sampai ke sana. Dia tidak melakukan pra musim bersama kami kemudian dia mempunyai satu perlawanan dan kemudian dia tidak bermain selama dua minggu, sementara pemain lain sedang membina kecergasan perlawanan mereka.
“Sangat bagus untuk dia mendapat satu lagi gol tetapi persembahannya yang menyeluruh benar-benar kuat. Apabila anda berkurangan kepada 10 pemain, anda memerlukan penyerang anda untuk dapat menahan permainan dan melakukan larian pantas,” kata Postecoglou.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!