Shigeru Ishiba bakal PM baharu Jepun
TOKYO - Bekas Menteri Pertahanan Jepun, Shigeru Ishiba akan dilantik sebagai Perdana Menteri baharu selepas mendahului proses undian parti pemerintah, Parti Demokratik Liberal (LDP) pada Jumaat.
Ishiba, 67, menewaskan Sanae Takaichi yang pada mulanya tersenarai sebagai bakal Perdana Menteri wanita pertama negara itu.
"Saya akan melakukan yang terbaik dan tidak akan menghampakan kepercayaan diberikan rakyat serta berkhidmat dengan dedikasi untuk menjadikan negara ini selamat dan aman buat semua,” katanya menerusi ucapan pendek sejurus kemenangannya diumumkan di ibu pejabat LDP di Tokyo.
Veteran politik tersebut pernah mencuba sebanyak lima kali untuk memegang jawatan itu termasuk ketika beliau tewas kepada Shinzo Abe pada 2012.
Beberapa pengkritik mendakwa beliau berpengalaman untuk menangani pelbagai isu sosial seperti reformasi pertanian yang menjadikannya layak untuk memimpin negara.
Seramai sembilan calon tersenarai untuk menggantikan pemimpin kurang popular, Fumio Kishida selepas LDP dihimpit skandal memalukan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!