Lotus’s Ampang, Mutiara Damansara adakan promosi istimewa
LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) sedang mengadakan promosi istimewa dengan pelbagai aktiviti mesra keluarga di stor cawangannya di Ampang dan Mutiara Damansara bermula 26 hingga 30 September ini.
Pengarah Operasi Lotus’s Malaysia, Neil Gurusamy berkata, promosi itu bagi meraikan pengubahsuaian dua stor terbabit yang melibatkan pelaburan lebih RM3 juta.
"Ini mencerminkan komitmen jenama kami dalam mencipta pengalaman membeli-belah memuaskan dan bagi menggalakkan suasana untuk pelanggan merasai keceriaan ketika membeli-belah serta pekerja berasa bangga dalam menjalankan tugas masing-masing.
"Perkara yang diutamakan adalah penambahbaikan estetika stor seperti paparan produk, susunan, aliran dan hiasan dalaman. Pilihan produk yang pelbagai, kualiti dan harga yang rendah masih dikekalkan," katanya menerusi satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah Gurusamy, keseluruhan penampilan dua stor tersebut kini lebih menarik dan moden berbanding dengan sebelumnya.
Ujarnya, suasana stor bertambah baik dengan pencahayaan dilengkapi paparan gondola kreatif yang mana produk dapat dipamerkan dengan lebih jelas.
"Beberapa rak juga telah ditambah untuk memberikan pilihan produk yang lebih komprehensif. Stor-stor di Lotus’s telah menjadi sebahagian yang penting dalam komuniti selama beberapa tahun.
"Peruncit ini memahami atas peranan penting yang dimainkannya dalam kehidupan pelanggan tempatan, terutama semasa musim perayaan. Lotus’s Malaysia dijangka mengubah suai lebih banyak stor sebelum akhir tahun," katanya.
AKTIVITI
Hadiah dan Lotus’s e-Baucar untuk dimenangi:
Siapa Cepat Dia Dapat – Belanja RM80 dalam satu resit dan peluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM40 (50 pemenang).
Timbang, Pastu Menang – Dapatkan minimum 40kg setiap troli dan membawa pulang baucar tunai RM20 (100 pemenang).
Cabutan Bertuah – Belanja minimum RM120 dalam satu resit dan peluang membawa pulang Lotus’s e-baucar bernilai RM200.
Jadi salah satu daripada dua ahli My Lotus’s yang baru daftar bertuah untuk memenangi iPhone 16 Pro baharu atau Lotus’s e-baucar bernilai RM500.
Sampel percuma dan kumpul barangan percuma di Ceria-Yah:
Rasa, beli dan kumpul barangan percuma dari lapan jenama yang menyertai di Lotus’s Ampang dan tujuh jenama yang menyertai di Lotus’s Mutiara Damansara.
Nikmati tawaran seperti beli 1 percuma 1 atau beli 2 pada RM3.
Dapatkan ganjaran hebat seperti RM50 tambah nilai Touch n Go, tiket Sunway Nights of Fright bernilai RM258, RM20 rebat dan banyak lagi.
Jenama yang menyertai adalah CP Foods, Milo Intense, Harvest Gourmet, Spritzer, Sunquick, Dugro Aptamil, Sasa Foods, Libresse, Nuuna, Ayamas, Nescafe, Saji, MamaRai, Maggi dan Nestum.
Aktiviti dan tawaran Lotus’s Mall yang menarik:
Nikmati tawaran istimewa dan penjimatan sehingga 70 peratus dari kedai peruncit, makanan dan minuman yang terlibat di Lotus’s Ampang dan Lotus’s Mutiara Damansara.
Daftar untuk aktiviti Lukisan Batik dan Reka Personalized Acrylic Coaster dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Ampang.
Temui Jojo, si kambing kerdil dan rakan-rakannya di Mini Petting Zoo dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Mutiara Damansara.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!