48 pelajar MRSM Terendak dilaporkan keracunan makanan

Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
A
A
A

MELAKA - Majlis Amanah Rakyat (Mara) menerima laporan berhubung seramai 48 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak didakwa mengalami keracunan makanan.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengeluarkan kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan menerima aduan keluhan ibu bapa mengenai fasiliti yang terdapat di MRSM tersebut.

"Dari Mahkota Kluang, bergegas ke MRSM Terendak kerana dapat laporan 48 pelajar keracunan makanan.

"Selain aduan dan keluhan ibu bapa perihal fasiliti MRSM tandas, bilik guru dan kelas yang teruk," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan beliau berkata, pihak berkuasa digesa mengambil tindakan tegas dan keras kepada pengusaha kantin atau dewan makan sekolah yang menyebabkan keracunan makanan kepada pelajar.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!