Ubah suai tangki kenderaan, seludup diesel

Jumlah keseluruhan sitaan bagi kedua-dua kes adalah RM30,352.50.
Jumlah keseluruhan sitaan bagi kedua-dua kes adalah RM30,352.50.
A
A
A

TUMPAT - Taktik penyeludup mengubahsuai tangki petrol kepada diesel untuk aktiviti penyelewengan terbongkar selepas perbuatan terbabit berjaya dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa serbuan di Kampung Telaga Lanas, Pengkalan Kubor di sini pada Rabu.

Dalam operasi sekitar jam 9.20 pagi itu sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero bernilai RM15,000 telah disita bersama-sama dengan 50 liter minyak diesel yang dijumpai di dalam tangki yang telah diubah suai terbabit.

Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, bagaimanapun suspek telah meloloskan diri dan nilai rampasan diesel terbabit ialah RM147.50.

"Untuk serbuan kedua turut melibatkan kenderaan jenis yang sama, kita berjaya menyita 100 liter minyak petrol yang bernilai RM205.

"Jumlah keseluruhan sitaan bagi kedua-dua kes adalah RM30,352.50," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau siasatan lanjut akan dijalankan bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memastikan dalang di sebalik aktiviti penyelewengan ini dapat diberkas dan didakwa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!