SPRM digesa siasat kemelut air di Sabah

Zulkarnain (tengah) hadir menyerahkan dokumen kepada SPRM pada Jumaat.
Zulkarnain (tengah) hadir menyerahkan dokumen kepada SPRM pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat syarikat konsesi yang menguruskan loji rawatan air (LRA) di Sabah, yang didakwa menjadi punca krisis air di negeri itu.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pihaknya telah menyerahkan beberapa dokumen berkaitan untuk diteliti oleh SPRM.

"Saya hadir hari ini untuk menyerahkan dokumen-dokumen bagi membantu siasatan SPRM," kata Zulkarnain ketika ditemui di hadapan ibu pejabat SPRM pada Jumaat.

Zulkarnain
Zulkarnain

Beliau mendakwa bahawa syarikat konsesi tersebut seolah-olah mempunyai kaitan dengan kerajaan terdahulu semasa era pemerintahan negeri Sabah sebelum ini.

"Kami melihat ada kemungkinan kaitan, sebab itu dokumen diserahkan untuk siasatan lanjut," tambahnya.

Terdahulu, Zulkarnain meluangkan lebih 30 minit untuk menyerahkan dokumen-dokumen berkenaan kepada SPRM.

Artikel Berkaitan:

Minggu lalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dilapor berkata, tindakan Parti Warisan menamatkan konsesi syarikat-syarikat yang menguruskan operasi LRA semasa mereka memerintah telah menjadi punca utama kemelut air yang semakin meruncing di negeri tersebut.

Menurut Hajiji, penamatan konsesi sembilan syarikat kontraktor oleh kerajaan terdahulu bukan sahaja menyebabkan kerajaan negeri disaman dan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM315 juta, malah turut menjejaskan pengurusan bekalan air yang sedia ada.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!