Israel menggila, tetap mahu berperang

Kombinasi gambar satelit menunjukkan keadaan di sebuah kawasan di Lubnan sebelum dan selepas dibedil rejim Zionis. Foto AFP
Kombinasi gambar satelit menunjukkan keadaan di sebuah kawasan di Lubnan sebelum dan selepas dibedil rejim Zionis. Foto AFP
A
A
A

BEIRUT - Israel menolak desakan sekutunya supaya melaksanakan gencatan senjata selama 21 hari di Lubnan selepas situasi di rantau Asia Barat semakin meruncing sejak minggu lalu.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan angkuh menyatakan akan terus bertempur dengan pejuang Hizbullah hingga mencapai objektif perang.

Ketika ini, kedua-dua pihak bertelagah itu saling berbalas serangan dan telah meragut ratusan nyawa.

Amerika Syarikat (AS) selaku sekutu kuat Tel Aviv bersama Perancis dan negara Barat lain mencadangkan tempoh bertenang selama tiga minggu pada Rabu lalu.

Tetapi, Netanyahu menolak mentah-mentah dan tetap mahu melancarkan kempen pencerobohan berskala besar.

Rumah Putih dalam satu kenyataan menzahirkan rasa kecewa atas kedegilan Tel Aviv yang semakin tidak terkawal mahu berperang tanpa matlamat jelas.

Sementara itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyifatkan keputusan melulu Netanyahu sebagai satu kesilapan besar dan beliau akan dipertanggungjawabkan atas ketidakstabilan di Asia Barat.

Kenyataan bersama mengenai gencatan senjata itu berpendapat tindakan untuk menyemarakkan lagi api peperangan di Lubnan tidak akan menguntungkan mana-mana pihak. - AFP

Artikel Berkaitan:

Info:

>Serangan ganas dilancarkan Israel ke atas Lubnan sejak Isnin lalu telah meragut lebih 700 nyawa.

>Sejak konflik rentas sempadan tercetus pada Oktober lalu, lebih 1,500 menjadi korban permusuhan antara Hizbullah-Israel.

>Data Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) menunjukkan lebih 118,000 hilang tempat tinggal akibat pertempuran yang semakin sengit sejak seminggu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!