Mangsa banjir Kedah turun kepada 207 orang

Sukarelawan dari Khidmat Malaysia Sungai Petani membantu mencuci rumah mangsa banjir di Pendang pada Khamis. Foto Khidmat Malaysia
Sukarelawan dari Khidmat Malaysia Sungai Petani membantu mencuci rumah mangsa banjir di Pendang pada Khamis. Foto Khidmat Malaysia
A
A
A

ALOR SETAR - Jumlah mangsa banjir di Kedah turun kepada 207 orang daripada 49 keluarga yang masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pendang setakat jam 4.30 petang, pada Jumaat.

Berdasarkan laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah itu menurun berbanding 664 orang di 10 buah PPS setakat jam 4.30 petang pada Khamis.

Sukarelawan dari Khidmat Malaysia Sungai Petani turun ke Pendang membantu mangsa banjir yang memerlukan. Foto Khidmat Malaysia
Sukarelawan dari Khidmat Malaysia Sungai Petani turun ke Pendang membantu mangsa banjir yang memerlukan. Foto Khidmat Malaysia

Dua PPS tersebut yang masih aktif adalah Dewan Kompleks Rakan Muda Tanah Merah yang menempatkan 188 mangsa daripada 42 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang pula menempatkan 19 mangsa daripada tujuh keluarga.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 4.45 petang pada Jumaat, paras air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Kubang Pasu mencatat 22.47 meter melebihi tahap waspada 21 meter.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!