[VIDEO] MRSM Terendak paling daif, uzur - Asyraf Wajdi

A
A
A

MELAKA - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi mendedahkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak merupakan maktab paling teruk berbanding 39 MRSM yang telah dilawati.

Beliau berkata, malah keadaan fasiliti di institut pendidikan yang berusia 41 tahun itu daif dan uzur termasuk tandas, asrama selain sebuah bilik guru yang tidak boleh digunakan demi keselamatan.

Menurut beliau, dalam lawatan mengejut itu telah mengarahkan pengetua dan juga jabatan pendidikan negeri untuk membuat senarai keutamaan yang perlu diperbaiki dan diselenggarakan menerusi peruntukan khas yang akan disalurkan sebanyak RM400,000 dalam tempoh sebulan.

Asyraf (kiri) menjau tandas MRSM Terendak di sini, pada Khamis.
Asyraf (kiri) menjau tandas MRSM Terendak di sini, pada Khamis.

"Saya tak mahu tunding jari kerana saya lihat sendiri apa berlaku (di MRSM Terendak) berbanding 39 MRSM saya lawati semua ada 57 MRSM saya dah pergi 40 campur ini.

"Saya punya penilaian sendiri MRSM Terendak ini dalam keadaan yang amat daif dan uzur terutamanya fasiliti tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Ekspo TVET@KKDW 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, pada Jumaat.

Asyraf
Asyraf

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Sinar Harian melaporkan pihaknya menerima laporan berhubung seramai 48 pelajar MRSM Terendak didakwa mengalami keracunan makanan.

Beliau mengeluarkan kenyataan itu menerusi hantaran di Facebook turut memaklumkan menerima aduan keluhan ibu bapa mengenai fasiliti yang terdapat di MRSM tersebut.

Asyraf (kiri) melihat keadaan dapur MRSM berkenaan.
Asyraf (kiri) melihat keadaan dapur MRSM berkenaan.

Tambah beliau, dalam konteks akan mengambil tangunggjawab sepenuhnya untuk MARA memberi keutamaan menaik taraf terutama kemudahan asas di maktab berkenaan yang disifatkan paling teruk di negara ini.

Ujar beliau insiden seperti ini tidak sewajarnya berlaku di di MRSM yang menempatkan seramai 663 pelajar sehinggakan berlaku kes keracunan makanan membabitkan pelajar tigkatan satu dan dua sejak malam tadi.

Jelas beliau, dalam lawatan mengejut itu pihaknya bersama Pejabat Kesihatan mendapati kekotoran yang ditemui termasuk najis tikus di kawasan dapur memasak dewan selera.

"Pihak Kesihatan masih melakukan siasatan apakah punca sebenar sama ada berpunca daripada Dewan Selera atau makanan berbungkus dari koperasi," ujarnya.

@sinarharianonline

MRSM Terendak paling daif, uzur - Asyraf Wajdi #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #MRSM #Mara #AsyrafWajdi #Sekolah #Infrastruktur #Kemudahan

Hard News - DM Production

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!