62,635 kenderaan Singapura aktifkan FRID VEP

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 62,635 kenderaan persendirian Singapura telah mengaktifkan tag sistem Pengecaman Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) setakat ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ia susulan pelaksanaan VEP secara berfasa bermula pada Selasa depan.

"Semua kenderaan asing Singapura yang belum memiliki VEP masih boleh memasuki Malaysia seperti biasa tetapi perlu diingatkan, notis amaran akan diberi kepada pemilik kenderaan persendirian Singapura sebelum meninggalkan Malaysia sekiranya masih belum memiliki VEP," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, pemilik kenderaan persendirian Singapura dinasihati agar mendapatkan tag RFID VEP di mana-mana pusat pemasangan.

Ia antaranya di pejabat TCSens, Danga Bay, Johor Bahru; Akademi JPJ Wilayah Selatan, Johor Bahru; pejabat JPJ Johor, Taman Daya, Johor Bahru dan VEP Collection Centre, Woodlands.

"Pendaftaran dan maklumat lanjut berkenaan tag RFID VEP boleh layari melalui laman sesawang https://vep.jpj.gov.my/," jelas beliau.

VEP akan dikuat kuasakan untuk pintu masuk di kedua-dua kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Penguatkuasaan VEP berkenaan bertujuan memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi sepenuhnya peraturan jalan raya di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!