Tak habis fitnah keji aib maruah saya - Anwar

Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Westport 2 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Westport dan Pelabuhan Klang di Westport, Pulau Indah, hari ini. Foto Bernama
Anwar berucap pada Majlis Pecah Tanah Westport 2 dan Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti Westport dan Pelabuhan Klang di Westport, Pulau Indah, hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KLANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar segelintir pihak yang membuat tuduhan liar ke atas dirinya yang dilihat tidak berkesudahan.

Beliau yang kesal dengan tuduhan liar itu memberitahu terdapat isu yang sudah berlaku puluhan tahun lalu yang diungkit kembali sekali gus mendatangkan fitnah.

"Kamu hinalah banyak mana pun, berpuluh tahun saya dihina, ejen Yahudi, ejen Israel, main lelaki, main perempuan... yang belum kata, main dengan lembu.

“Jadi kamu nak hina tak ada makna. Tapi biar ikut adab dan akhlak. Kamu tahu hukum. Nak bawa kes, saya boleh cerita, tapi saya nak maju ke depan, tapi dia ungkit lagi,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Kerja Westports 2 di Dewan Budaya, Westports Malaysia di Pelabuhan Klang pada Jumaat.

Dalam majlis itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan kerajaan bagi memperbaiki dan menambah baik laluan sedia ada di Pelabuhan Klang.

Perdana Menteri berkata, bantuan itu seiring usaha kerajaan menambah baik infrastruktur ke pelabuhan utama negara.

Beliau mengakui komitmen kewangan yang tinggi bagi cadangan membina laluan baharu bagi mengatasi kesesakan di pelabuhan itu akan diteliti.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, Anwar juga memberi komitmen kerajaan tidak akan meminggirkan kebajikan pekerja termasuk memastikan kenaikan gaji seiring dengan peningkatan perolehan melalui produktiviti dicatat pada setiap tahun.

Perdana Menteri, beliau berkata, kejayaan sesebuah syarikat bukan faktor pengurusan semata-mata sebaliknya dilakukan secara bersama oleh para pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

“Kalau ekonomi baik, pelabuhan lebih cekap dan keupayaan meningkat, keuntungan lebih tinggi, saya kata kadar upah pun harus ditingkatkan.

“Pelabuhan tak akan menjadi tanpa tenaga setiap orang, kerja yang baik, kerana Allah, dapat rezeki yang baik dan kalau betul rezeki kita meningkat, percayalah saya akan gesa semua syarikat yang catat keuntungan yang besar mesti jaga nasib pekerja mereka

“Saya bukan sahaja Perdana Menteri, tetapi ketua persatuan pekerja Malaysia,” katanya. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!