Kutipan tol Jajaran Seksyen 1 WCE bermula 30 September

Jajaran Seksyen 1 WCE yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 30 September ini.
Jajaran Seksyen 1 WCE yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat SKVE akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 30 September ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jajaran Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai (WCE) yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Banting ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) akan melaksanakan kutipan tol bermula 12.01 tengah malam pada 30 September ini.

WCE dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) itu beroperasi secara percuma sejak dibuka secara rasmi pada 31 Ogos lepas oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi.

Kutipan tol Seksyen 1 itu akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya menggunakan kad Touch N Go, Smart Tag dan RFID.

"Kadar tol dan kaedah pembayaran kadar tol di Seksyen 1 Lebuhraya WCE berintegrasi sepenuhnya dengan Lebuhraya SKVE melalui Persimpangan Tanjung Dua Belas.

Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan bermula RM1.70 hingga RM16.11.

Pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memastikan baki e-wallet dan kad Touch N Go mencukupi sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan semasa melalui plaza tol.

Untuk maklumat lanjut mengenai kadar tol dan cara pembayaran, orang ramai boleh melayari laman sesawang WCE atau muat turun aplikasi WCE App atau menghubungi WCE infoline di talian 1700-81-6600 atau e-mel di info@wce.com.my jika menghadapi sebarang masalah dengan pembayaran tol.

Artikel Berkaitan:

WCE adalah projek lebuh raya utama di Malaysia sepanjang 233km dari Banting, Selangor hingga ke Taiping (Changkat Jering), Perak dan apabila siap sepenuhnya kelak, ia akan berfungsi sebagai nadi penting pengangkutan, yang akan menghubungkan bandar-bandar di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!