Musim ini sudah berakhir buat Rodri - Guardiola
PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan bahawa bintang The Citizens, Rodri akan terlepas baki musim ini selepas menjalani pembedahan berikutan kecederaan lutut yang serius.
Rodri terenjut-enjut keluar padang semasa City seri 2-2 menentang Arsenal dalam aksi liga hujung minggu lalu dan Guardiola telah mengesahkan pemain Sepanyol itu mengalami kecederaan ligamen anterior cruciatenya.
Pemain tengah utama The Citizens itu terbang ke Sepanyol pada Selasa untuk berjumpa pakar Dr Ramon Cugat, dan kini telah menjalani pembedahan.
“Dia menjalani pembedahan pagi ini - ACL dan beberapa meniskus
“Jadi, musim depan dia akan berada di sini. Musim ini sudah berakhir untuknya,” kata Guardiola menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris, Manchester City menentang Newcastle United pada Sabtu.
Sementara itu, Guardiola juga mengesahkan City akan tanpa khidmat Kevin De Bruyne apabila perancang tengah dari Belgium itu masih pulih daripada masalah pangkal paha.
LIGA PERDANA INGGERIS
JADUAL
28 SEPTEMBER (SABTU)
Newcastle United lwn Manchester City, 7.30 malam
Chelsea lwn Brighton, 10 malam
Brentford lwn West Ham United, 10 malam
Everton lwn Crystal Palace, 10 malam
Arsenal lwn Leicester City, 10 malam
Nottingham Forest lwn Fulham, 10 malam
29 SEPTEMBER (AHAD)
Wolves lwn Liverpool, 12.30 tengah malam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!