Program Pembiayaan Mikro Zakat (Azam) merupakan program inovasi dana sosial bagi membantu para usahawan dalam kalangan asnaf dengan menggunakan dana zakat.Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank Berhad, Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata, program yang bermula Disember tahun lalu itu dijalankan dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia dan Lembaga Zakat Selangor.