JIM cekup 37 warga asing dalam dua operasi bersepadu

Antara warga asing yang ditahan.
Antara warga asing yang ditahan.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor menahan seramai 37 warga asing dalam Ops Bersama di dua daerah di negeri ini pada Khamis.

Menurut Pengarah JIM Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdin Mohd Darus, dalam operasi berkenaan kesemua yang ditahan dipercayai bekerja tanpa pas/permit yang sah dan berniaga tanpa lesen yang sah.

“Operasi ini dibuat susulan aduan dan maklumat awam berhubung warga asing yang dipercayai bekerja tanpa pas/permit yang sah dan berniaga tanpa lesen di lokasi.

“Kesemua yang ditahan di bandar raya ini melibatkan 12 lelaki warga Bangladesh, empat lelaki dan seorang wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Myanmar berusia 20 hingga 36 tahun.

Pegawai imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah premis.
Pegawai imigresen melakukan pemeriksaan di sebuah premis.

“Kesemua mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan peraturan 11(7)(a) Peraturan-Peraturan Imigresen iaitu salah guna Pas Lawatan Sosial.

Selain itu, seorang lelaki warga Bangladesh yang juga merupakan penyelia premis di sebuah pusat cuci kereta tidak berlesen ditahan atas kesalahan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memberikan kebenaran PATI untuk berada dalam premis.

Artikel Berkaitan:

Sebanyak tiga notis telah dikeluarkan oleh pihak JIM negeri Johor untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan, tujuh notis dikeluarkan ke atas peniaga tanpa lesen dan lima SIP dikeluarkan bagi sitaan barangan oleh pihak MBJB.

Sementara itu, Mohd Rusdi berkata, JIM Johor menahan 14 warga asing melibatkan 13 lelaki dan seorang wanita dalam Ops Bersama di sini, pada Khamis yang dijalankan secara bersepadu Majlis Perbandaran Pontian (MPP), turut menjalankan pemeriksaan terhadap 14 premis di sini.

Pegawai imigresen menahan warga asing bekerja tanpa permit sah.
Pegawai imigresen menahan warga asing bekerja tanpa permit sah.

‘Kesemua yang ditahan itu melibatkan lima lelaki warga Bangladesh, tiga lelaki dan seorang wanita (Vietnam), tiga lelaki warga Myanmar, seorang lelaki warga India dan seorang warga Nepal berusia 19 hingga 45 tahun.

“Selain itu, sebanyak dua notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan oleh JIM bagi membantu siasatan. Dalam masa sama, pihak MPP turut mengeluarkan dua tawaran kompaun bagi kesalahan gagal mempamerkan lesen perniagaan kepada dua pemilik premis yang menggaji pekerja warga asing," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!