Sensasi Zhafri pacu tiga mata berharga KL City

Zhafri. Foto FB Kuala Lumpur City
Zhafri. Foto FB Kuala Lumpur City
A
A
A

KEMASUKAN pemain gantian, Zhafri Yahya menjadi detik penting memacu kemenangan berharga Kuala Lumpur (KL) City FC ke atas Borneo Samarinda dalam aksi di Cheras pada Khamis.

Pemain tengah itu memulakan gerakan sebelum Brendan Gan meledak gol tunggal dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) itu.

Kelicikan Zhafri mendapat pujian jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac yang menyifatkan percaturannya menjadi.

Beliau berkata, kemasukan pemain kebangsaan itu bersama seorang lagi tonggak, Sean Giannelli mengubah tempo perlawanan yang akhirnya memihak tuan rumah.

“Ia satu pertukaran yang tepat kerana saya rasakan kita perlu memasukkan pemain baharu yang lebih bertenaga dan boleh berlari. Saya lihat Haqimi Azim mula keletihan.

“Kemasukan Zhafri menambah kekuatan pasukan dan ia menyebabkan kita meraih kemenangan. Zhafri mencipta gerakan itu dan akhirnya kemenangan memihak pasukan dan sejarah berjaya dilakar,” katanya.

Kejayaan mengutip tiga mata itu membolehkan naib juara Piala AFC 2022 itu mengekalkan rekod bersih dalam kempen ACC selepas turut mencatat kemenangan 1-0 ke atas kelab Filipina, Kaya Iloilo pada Ogos lalu.

Jurulatih dari Croatia itu mengakui menggunakan strategi serangan balas sebagai perancangan utama untuk memerangkap pasukan pelawat.

Artikel Berkaitan:

“Kami sudah mengetahui kemampuan pasukan lawan. Jadi saya menekankan agar kami menunggu kesilapan mereka dan menggunakan kepantasan untuk melakukan serangan balas.

“Ternyata ia menjadi dan saya gembira dengan keputusan ini. Kami mahu mengalih tumpuan pula kepada saingan domestik kerana aksi hujung minggu ini juga sukar,” katanya.

Skuad The City Boys akan melayan kunjungan Penang FC dalam aksi Liga Super di laman sendiri pada Ahad.

LIGA SUPER

JADUAL PERLAWANAN

28 SEPTEMBER (SABTU)

Sri Pahang lwn Perak

(Stdm Temerloh, 9 malam)

29 SEPTEMBER (AHAD)

Kuala Lumpur City lwn Penang

(Stdm Bola Sepak Kuala Lumpur, 5.30 petang)

4 OKTOBER (JUMAAT)

Terengganu lwn PDRM

(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!