Alisson sudah sedia ditampilkan berdepan Wolves

Alisson Becker. Foto Agensi
Alisson Becker. Foto Agensi
A
A
A

PENJAGA gol Liverpool, Alisson Becker sudah bersedia untuk ditampilkan kembali dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Wolverhampton Wanderers di Stadium Molineux pada Ahad.

Malah pada masa sama pengendali The Reds, Arne Slot memuji penggantinya Caoimhin Kelleher dan kedalaman skuad The Reds secara keseluruhan ketika ini.

Kelleher dijelmakan semasa The Reds menang 3-0 ke atas atas Bournemouth dalam aksi liga selain ditampilkan juga ketika membelasah West Ham United, 5-1 pada Pusingan Ketiga Piala Liga 5-1 Rabu di kala Alisson pulih kecederaan otot.

“Kami rasa dia bersedia untuk kembali.

“Dia berlatih semalam untuk sebahagian daripada sesi pasukan, kami menjangkakan dia melakukan keseluruhan sesi hari ini.

“Kami benar-benar gembira, tetapi saya ingin menekankan kami bermain dengan sangat baik dengan dua perlawanan dengan Kelleher. Satu lagi contoh di mana kami mempunyai dua atau tiga pilihan bagus dalam beberapa posisi,” kata Slot.

Sebagai rekod, Liverpool berada di kedudukan kedua liga mengekori juara Manchester City dengan satu mata apabila hanya mengalami satu kekalahan dalam semua pertandingan.

Slot sebelum ini menggilirkan skuad menentang West Ham United berikutan jadual perlawanan padat, dengan Cody Gakpo dan Diogo Jota mempertaruhkan lebih masa bermain dengan dua gol setiap satu dalam aksi di Anfield berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya perlawanan itu mengatakan dua perkara. Pemain mempunyai banyak kualiti dan pasukan sentiasa mencipta peluang untuk pemain yang dipilih untuk perlawanan itu.

“Kami mempunyai banyak kualiti, kami boleh mencipta bantuan atau gol,” kata Slot mengenai pilihan serangannya.

Slot dapat merehatkan Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Dominik Szoboszlai pada Khamis, tetapi ketiga-tiga mereka dijangka akan beraksi menentang Wolves, yang merosot di tangga terbawah dengan satu mata daripada lima perlawanan.

“Saya tidak fikir ia menggambarkan bagaimana Wolves bermain, mereka menghadapi perlawanan yang sangat sukar dan anda perlu mengambil kira perkara ini

“Saya telah menonton beberapa perlawanan Wolves, dan sepatutnya mereka patut mendapat lebih daripada yang dapat ketika ini. Mereka akan baik-baik saja pada penghujung musim,” kata Slot.

INFO

LIGA PERDANA INGGERIS

JADUAL

28 SEPTEMBER (SABTU)

Newcastle United lwn Manchester City, 7.30 malam

Chelsea lwn Brighton, 10 malam

Brentford lwn West Ham United

Everton lwn Crystal Palace, 10 malam

Arsenal lwn Leicester City, 10 malam

Nottingham Forest lwn Fulham, 10 malam

29 SEPTEMBER (AHAD)

Wolves lwn Liverpool, 12.30 tengah malam

Ipswich Town lwn Aston Villa, 9 malam

Manchester United lwn Tottenham, 11.30 malam

SELASA (1 OKTOBER)

Southampton lwn Bournemouth, 3 pagi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!