Promosi harga kombo al-Quran

Jualan Gudang Karangkraf turut menampilkan ruangan buku bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Jualan Gudang Karangkraf turut menampilkan ruangan buku bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengunjung Jualan Gudang Karangkraf 2024 bakal menikmati diskaun dengan harga eksklusif jika mendaftar sebagai ahli VIP Karangkraf.

Pengurus Jualan Grup Buku Karangkraf (GBK), Roziyana Omar berkata, menerusi keahlian tersebut, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan tawaran istimewa al-Quran.

Menurutnya, pengunjung yang belum berdaftar sebagai ahli, mereka boleh berbuat sedemikian di Jualan Gudang Karangkraf dengan membuat pembayaran RM10 untuk pendaftaran seumur hidup.

Ruangan jualan al-Quran menjadi salah satu tumpuan pada Jualan Gudang Karangkraf 2024 kerana menawarkan pelbagai kombo pembelian yang menarik.
Ruangan jualan al-Quran menjadi salah satu tumpuan pada Jualan Gudang Karangkraf 2024 kerana menawarkan pelbagai kombo pembelian yang menarik.

“Pada Jualan Gudang Karangkraf yang bermula pada 27 September hingga 6 Oktober, GBK menawarkan beberapa jenis pakej kombo bagi kitab suci.

“Sebagai contoh, ‘Kombo Family 2’ menawarkan empat jenis produk iaitu al-Quran Mushaf Al-Kubra Wakaf Ibtida, beg Karya Bestari dan dua naskhah bacaan antaranya Nota Hati untuk Lelaki dan Begini Rasulullah Melayan Keluarga.

“Harga asal bagi keempat-empat produk ini adalah RM289, namun jika pengunjung membeli kombo ini, mereka hanya perlu membayar RM130 sahaja. Ini merupakan satu pakej penjimatan berganda,” katanya ketika ditemui di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Jualan Gudang Karangkraf 2024 turut mempunyai reruai yang menjual barangan cenderamata seperti kole seramik, termos, sejadah mini dan sebagainya.
Jualan Gudang Karangkraf 2024 turut mempunyai reruai yang menjual barangan cenderamata seperti kole seramik, termos, sejadah mini dan sebagainya.

Bagi pengunjung yang mencari hadiah yang berbentuk al-Quran, Roziyana memaklumkan, Jualan Gudang Karangkraf 2024 turut menyediakan ‘Kombo Hadiah Lelaki dan Wanita’.

Jelas beliau, kombo lelaki menawarkan dua produk antaranya al-Quran Ar-Riyadh dan kole seramik pada harga RM58 manakala kombo wanita (RM43) menyediakan al-Quran Muslimah serta payung.

“Sementara itu, bagi mereka yang berkeluarga dan mencari promosi yang sesuai, kita juga ada ‘Kombo Al Imam’ berharga RM159. Menerusi kombo ini, ia mempunyai tiga jenis produk iaitu Quran Al Imam, dirian kaki tiga peletak al-Quran dan termos.

Orang ramai berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran hebat dengan harga eksklusif jika memiliki kad VIP Karangkraf.
Orang ramai berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran hebat dengan harga eksklusif jika memiliki kad VIP Karangkraf.

“Bagaimanapun, jika pengunjung enggan membeli secara kombo, mereka masih boleh membuat pembelian secara berasingan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roziyana memberitahu bahawa Jualan Gudang Karangkraf turut menampilkan ruangan buku bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Katanya, karya Dr Zulkifli itu turut mempunyai promosi dengan harga eksklusif bagi pemilik kad VIP Karangkraf.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!