Tidak sangka MB Johor pandu kereta bawa kami ke pusat undi - Warga emas

Onn Hafiz memandu kenderaan untuk membawa pasangan warga Zuriah dan Abdul Aziz ke pusat pembuangan undi di SMK Seri Perdana.
Onn Hafiz memandu kenderaan untuk membawa pasangan warga Zuriah dan Abdul Aziz ke pusat pembuangan undi di SMK Seri Perdana.
A
A
A

KLUANG - Pasangan suami isteri warga emas dari Taman Suria merasa cukup bertuah apabila Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjemput mereka untuk pusat pembuangan undi.

Zuriah Saat, 60, dan Abdul Aziz Osman, 62, dibawa menaiki Proton X50 yang dipandu sendiri oleh Onn Hafiz ke pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana.

Menurut Zuriah, dia tidak menyangka Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota memberi kenangan cukup manis buat dirinya dan suami.

"Tidak sangka Menteri Besar datang ke rumah pada awal pagi untuk menjemput saya dan suami ke pusat pembuangan undi.

"Kami tidak pernah tertinggal untuk laksanakan tanggungjawab sebagai pengundi walaupun sekarang saya uzur," katanya.

Kenderaan dipandu Onn Hafiz tiba di SMK Seri Perdana sekitar jam 8 pagi dan kemudian dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan menyediakan kerusi roda.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!