[VIDEO] Proses mengundi PRK Mahkota berjalan lancar - Polis
KLUANG - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, berdasarkan tinjauan beliau di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) setakat jam 10 pagi ini, proses pengundian juga berjalan lancar dan terkawal.
"Saya turut memantau dari jam 8 pagi hingga 10 pagi, semuanya berjalan lancar termasuk tiada kesesakan lalu lintas.
"Saya berharap keadaan ini berterusan sehingga tamat pengundian jam 6 petang nanti," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini pada Sabtu.
Dalam pada itu, Kumar turut menggesa pengundi yang belum melaksanakan tanggungjawab memilih untuk segera berbuat demikian memandangkan cuaca pada sebelah petang diramal hujan.
Seramai 61,274 pemilih biasa PRK DUN Mahkota akan menjalankan
tanggungjawab mereka mengundi hari ini membabitkan 109 saluran di sebanyak 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM).
Dapatkan liputan komprehensif sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di sini!.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!