Dua beranak hilang dibawa arus banjir

Rakaman video yang tular menunjukkan kedua beranak terbabit cuba meredah arus banjir yang deras.
Rakaman video yang tular menunjukkan kedua beranak terbabit cuba meredah arus banjir yang deras.
A
A
A

PADANG TERAP - Seorang wanita dan anak lelakinya yang berstatus orang kurang upaya (OKU) hilang dibawa arus deras akibat banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang di sini pada pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada jam 8.29 pagi berkenaan kejadian terbabit.

Katanya, sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai bomba.

"Dua mangsa terbabit dikenali sebagai Salmah Mat Zain, 46, dan anak lelakinya yang berstatus OKU, Muhammad Rosman Rohaidi, 19.

"Setakat ini ketua operasi sedang menjalankan kerja-kerja pencarian menggunakan bot aluminium," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Anggota bomba sedang melakukan pencarian kedua-dua mangsa di lokasi kejadian.
Anggota bomba sedang melakukan pencarian kedua-dua mangsa di lokasi kejadian.

Menurut Aminuddin, mereka turut menerima bantuan daripada BBP Pokok Sena, unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Sungai Petani dan BBP Jitra bagi operasi pencarian kedua-dua mangsa.

Sementara itu, melalui rakaman video yang tular, ketika kejadian kedengaran orang ramai cuba menghalang kedua beranak terbabit daripada meredah arus air banjir.

Artikel Berkaitan:

Namun, ia tidak dihiraukan sebelum rakaman video kedua menunjukkan kedua beranak terbabit dibawa arus.

.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!