4 isteri, tiga anak pemimpin tertinggi GISBH direman tujuh hari

Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISBH direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.
Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISBH direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.

Kesemua individu berumur antara 18 hingga 55 tahun itu sebelum itu tiba kira-kira jam 9.30 pagi dengan dikawal ketat beberapa anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Perintah reman terhadap enam wanita dan seorang lelaki itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Peguam Rosli Kamaruddin sebelum itu memaklumkan kesemua individu terbabit ditahan kira-kira jam 9 malam di sebuah kediaman dekat Rawang semalam (Jumaat) dan dikenakan perintah reman sehingga 4 Oktober.

Mereka dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.
Seorang wanita warga Australia antara empat isteri dan tiga anak pimpinan tertinggi GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif GISBH bersama 23 pengikut termasuk isteri dan anaknya disambung reman selama empat hari.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan terbaharu daripada individu yang didakwa menjadi mangsa buruh paksa GISBH.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, mereka yang berumur 14 tahun hingga 20-an itu melibatkan kes yang berlaku sejak 2013 di Selangor, Sarawak dan Kedah.

Jelas beliau, sepanjang tempoh bermula 11 September lalu, lebih 300 individu diberkas manakala 572 kanak-kanak diselamatkan polis di rumah jagaan yang diserbu menerusi Ops Global.

Sebanyak 35 kertas siasatan dibuka dan 138 akaun bank mengandungi RM882,795 milik GISBH dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!