Kagum kegigihan OKU bekerja, pemilik bengkel tawar servis motosikal percuma
28 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Kagum kegigihan OKU bekerja, pemilik bengkel tawar servis motosikal percuma
Melihat kegigihan remaja orang kurang upaya (OKU) Cerebral Palsy menunggang motosikal menjual air, mendorong seorang pemilik bengkel motosikal menawarkan servis penyelenggaraan percuma kepadanya.
Muhammad Amir Shafiq Shaharuddin, 31, mengambil inisiatif untuk menawarkan servis penyelenggaraan percuma kepada Aniq Fitri Ros Efendi, 19, bagi memberi galakan kepadanya menunggang motosikal dan menjual air, dengan kerjasama Persatuan Cakna Rasa Sayang (PCRS).
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #OKU #Seremban #pemilikbengkel