82 pelajar di Johor positif dadah

Aminolhuda (dua dari kini) memeriksa peralatan ujian saringan air kencing di SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah semalam.
Aminolhuda (dua dari kini) memeriksa peralatan ujian saringan air kencing di SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah semalam.
A
A
A

BATU PAHAT - Seramai 82 pelajar didapati positif dadah hasil pemeriksaan melibatkan lebih 100 sekolah menengah di Johor.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, jumlah itu diperoleh selepas ujian saringan air kencing dijalankan ke atas 4,799 pelajar berusia 15 hingga 18 tahun sejak awal Januari lalu.

"Setakat semalam (kelmarin), sebanyak 138 sekolah menengah daripada 278 sekolah menengah di negeri ini telah diperiksa.

"Sasaran kita pada tahun ini adalah menjalankan ujian saringan air kencing di semua sekolah menengah di negeri ini," katanya pada sidang akhbar selepas Program AADK@Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Tongkang Pechah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Johor, Azli Ubin dan Pengetua SMK Tunku Putra, Yazid Zawawi.

Program dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan AADK itu melibatkan 50 pelajar.

Aminolhuda berkata, seramai 82 pelajar yang didapati positif dadah itu sedang menjalani sesi pemulihan pada masa kini.

"Pelajar yang dikesan positif dadah akan dibantu selain beberapa pendekatan akan dilaksanakan AADK ke atas pelajar-pelajar tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Antaranya mereka akan diberikan kaunseling begitu juga dengan keluarga mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!