10 individu dipercayai pengikut GISBH disambung reman

Kesemua suspek dibawa menaiki kenderaan polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Sabtu.
Kesemua suspek dibawa menaiki kenderaan polis ketika tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 10 individu dipercayai pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) disambung reman empat hingga tujuh hari lagi bermula Sabtu.

Kesemua individu terdiri daripada lapan lelaki dan dua wanita berumur antara 22 hingga 53 tahun itu dibawa menaiki kenderaan polis dan tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 9.30 pagi.

Perintah sambung reman itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Muhammad Firdaus Abdul Rashid di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Kesemua suspek diwakili peguam, Shalehuddin Salam.

Pada Ahad lalu, seramai 29 individu yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) direman di Mahkamah Majistret Shah Alam di sini.

Perintah reman selama satu hingga tujuh hari itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar, Md Subri Hashim terhadap kesemua individu berusia 19 hingga 62 tahun.

Media sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 10 laporan terbaharu daripada individu yang didakwa menjadi mangsa buruh paksa GISBH.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan mereka yang berumur 14 hingga 20-an itu melibatkan kes yang berlaku sejak 2013 di Selangor, Sarawak dan Kedah.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau, sepanjang tempoh bermula 11 September lalu, lebih 300 individu diberkas manakala 572 kanak-kanak diselamatkan polis di rumah jagaan yang diserbu menerusi Ops Global.

Sebanyak 35 kertas siasatan dibuka dan 138 akaun bank mengandungi RM882,795 milik GISBH dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!