Hayati Rukun Negara jamin keharmonian rakyat berbilang kaum

Waytha Moorthy (empat dari kanan) menggaul yee sang pada Program Penghayatan Rukun Negara Unisel dengan Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor di Dewan Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya di sini malam tadi.
Waytha Moorthy (empat dari kanan) menggaul yee sang pada Program Penghayatan Rukun Negara Unisel dengan Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor di Dewan Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya di sini malam tadi.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Nilai-nilai Rukun Negara bukan hanya perlu dihayati, sebaliknya dijadikan pegangan untuk memastikan kelangsungan keharmonian kaum sedia ada di negara ini terus berkekalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy berkata, dengan menilai satu persatu lima prinsip Rukun Negara, setiap ideologinya menggalakkan kesatuan, perpaduan bangsa serta menjadi pedoman kepada kehidupan semua masyarakat.

"Setiap matlamat dan prinsip Rukun Negara yang dilafazkan sebenarnya mempunyai maksud tersirat yang harus difahami dan dipraktikkan sebagai amalan dalam kehidupan seharian.

"Sebagai contoh prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan, menekankan personaliti dan tingkah laku yang mesti wujud dalam diri bagi memastikan hak kesamarataan demi membina komuniti inklusif dapat dicapai," katanya ketika berucap pada Program Penghayatan Rukun Negara Universiti Selangor (Unisel) dengan Kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Selangor di Dewan Canselor Unisel Kampus Bestari Jaya di sini malam tadi.

Mengulas mengenai program itu, Waytha Moorthy melahirkan rasa teruja melihat keakraban masyarakat pelbagai kaum pada program tersebut, di samping pergaulan antara generasi tua dan muda.

"Ini membuktikan masyarakat berbilang kaum di negara ini tetap meraikan yang muda dan menyanjungi warga tua.

"Inilah contoh terbaik dan kita berharap ia masih mampu mengekalkan nilai-nilai murni dari zaman ke zaman," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!