Budak lelaki dibunuh upacara ilmu hitam

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India telah mengemukakan 103 kes manusia dijadikan mangsa korban di negara itu antara 2014 dan 2021. - AFP

Polis menahan lima lelaki termasuk guru yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak untuk tujuan ilmu hitam. Foto Agensi
Polis menahan lima lelaki termasuk guru yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak untuk tujuan ilmu hitam. Foto Agensi
A
A
A

LUCKNOW - Lima orang ditahan kerana membunuh seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam upacara pengorbanan yang dipercayai boleh membawa tuah kepada sebuah sekolah awam.

Mangsa ditemui terbaring atas katil pada malam Ahad di asrama di bandar Hathras, yang tidak jauh dari Taj Mahal.

Pihak berkuasa memaklumkan pengarah sekolah, Dinesh Baghel menyembunyikan mayat tersebut dalam bonet belakang keretanya.

Pegawai polis, Himanshu Mathur memberitahu AFP bahawa budak itu dibunuh sebelum upacara ilmu hitam yang diketuai bapa Baghel.

"Budak itu dibawa ke altar sebagai sebahagian daripada upacara pemujaan itu, tetapi dia dibunuh sebelum semuanya selesai," katanya.

Mathur menambajh, Baghel dan bapanya telah ditangkap bersama tiga guru lain di sekolah itu.

Bagaimanapun, pegawai polis itu tidak memberikan butiran lanjut bagaimana kanak-kanak itu meninggal dunia dan laporan media tempatan mengatakan mayat itu sedang melalui proses bedah siasat.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan India telah mengemukakan 103 kes manusia manusia dijadikan mangsa korban di negara itu antara 2014 dan 2021. - AFP

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!