Bau busuk rungkai penemuan mayat wanita warga asing

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HULU SELANGOR - Misteri bau busuk dari sebuah rumah terungkai dengan penemuan mayat seorang wanita warga asing dipercayai meninggal dunia sejak tiga hari lalu dalam kejadian di Kampung Sungai Choh dekat sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, maklumat berkaitan kejadian diterima pihaknya pada jam 1.05 petang.

"Anggota polis yang menjalankan pemeriksaan di lokasi berkenaan kemudiannya menemui mayat seorang wanita dipercayai warga asing.

"Siasatan lanjut mendapati individu berkenaan berumur 48 tahun serta tinggal seorang diri di rumah itu," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, semakan mendapati wanita terbabit dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi sakit jantung, kanser dan kencing manis.

"Siasatan mendapati wanita itu tinggal seorang diri semenjak kematian suaminya lapan bulan lalu.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!