Susan Lankester menang Aktres Terbaik Asian Academy Creative Awards

Susan Lankester meraih National Winner bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di AACA 2024 hasil lakonannya dalam filem Rain Town. IG susan_lankester
Susan Lankester meraih National Winner bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik di AACA 2024 hasil lakonannya dalam filem Rain Town. IG susan_lankester
A
A
A

PELAKON tanah air, Susan Lankester, meraih National Winner bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2024.

Kemenangan itu adalah hasil lakonan cemerlangnya sebagai Aileen Choo, watak utama dalam filem Rain Town arahan Tunku Mona Riza.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Susan, 62, berterima kasih kepada rakan pelakon dan kru yang telah membantunya menjayakan watak sebagai isteri dan ibu kepada tiga anak dalam filem berkenaan.

"Thank you to The Choos - Chew Kin Wah, Pauline Tan, Wilson Lee & Fabian Loo. I love you all. And most of all, huge thanks to the Rain Town crew for making the film look, feel and sound the way it does. And for taking such great care of us on set and off. Mad respect for all of you,” tulisnya.

Susan menewaskan 10 pesaing dari New Zealand, China, Hong Kong, India, Myanmar, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, dan Thailand.

Menurut laman rasmi Facebook AACA, pemenang akan bersaing dengan National Winners dari rantau lain di pusingan akhir pada 3 dan 4 Disember depan di Singapura.

Diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd, Rain Town menyentuh tentang hubungan keluarga yang semakin renggang dan pergelutan emosi ahlinya.

Filem ini mengisahkan tentang Choo, seorang bapa yang sering campur tangan dalam kehidupan peribadi tiga anaknya yang sudah dewasa, dan akhirnya membawa kepada konflik apabila isterinya Aileen, mengalami kemalangan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!