Karnival Jom Sihat tawar pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung

Karnival Jom Sihat tawar pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Radzi)
Karnival Jom Sihat tawar pemeriksaan kesihatan percuma kepada pengunjung. Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohd Radzi)
A
A
A

SHAH ALAM - Penduduk di sekitar Seksyen 4 di sini berpeluang memeriksa kesihatan secara percuma pada Karnival Jom Sihat pada Ahad ini.

Karnival diadakan di pekarangan Pejabat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 itu menyasarkan kira-kira 300 penduduk menyertai karnival berkenaan.

Pengarah Programnya, Mohd Radzi Razali berkata, khidmat pemeriksaan kesihatan percuma perlu dimanfaatkan oleh penduduk sekali gus mengambil langkah pencegahan sewajarnya termasuk menjalani rawatan berkaitan.

"Kita perlu ada pengetahuan mengenai penyakit supaya dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

"Ini termasuk mengubah gaya hidup termasuk cara pengambilan makanan dan minuman seharian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, mana-mana individu yang dikesan menghidap penyakit disaran merujuk ke hospital atau klinik kesihatan.

"Kita mahu mendidik masyarakat supaya mereka ada kesedaran kerana mencegah lebih baik daripada merawat," jelas beliau.

Tambahnya, program yang dijadualkan dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti lain.

Artikel Berkaitan:

"Antara aktiviti menarik disediakan sempena karnival itu termasuklah pertandingan futsal, taklimat kesihatan, mewarna kanak-kanak, derma darah, pameran AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) dan Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia)," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!