[TIDAK RASMI] BN dahului undi awal PRK Mahkota

Syed Hussien ketika menyantuni pengundi pada PRK Mahkota di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu hari ini. Foto Bernama
Syed Hussien ketika menyantuni pengundi pada PRK Mahkota di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Barisan Nasional (BN) mendahului pengundian undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, menurut keputusan tidak rasmi.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh 3,119 undi mengatasi pencabarnya, calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 1,088 undi.

Kira-kira 4,510 anggota tentera dan pasangan, serta 401 anggota polis, membuang undi semasa pengundian awal pada Selasa.

Secara keseluruhannya DUN Mahkota mempunyai 66,318 pengundi dengan majoritinya ialah pengundi Melayu iaitu 56 peratus, pengundi Cina (34 peratus), pengundi India (lapan peratus) dan bakinya lain-lain.

Proses pengundian PRK Mahkota hari ini berakhir selepas semua 20 pusat mengundi yang dibuka sejak jam 8 pagi ditutup secara rasmi pada jam 6 petang dan proses pengiraan undi bermula di pusat pengundian, sebelum kertas undi dibawa ke pusat penjumlahan rasmi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seramai 61,274 pengundi layak untuk mengundi hari ini manakala undi awal telah berlangsung pada Selasa lepas, selain kertas undi pos telah dikeluarkan pada 15 September.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!