Lembah Klang Raya bukan misi mustahil - Suee Lim

Lembah Klang Raya misi menggabungkan empat bandaraya sebagai bandar metropolis. Gambar kecil: Suee Lim
Lembah Klang Raya misi menggabungkan empat bandaraya sebagai bandar metropolis. Gambar kecil: Suee Lim
A
A
A

SHAH ALAM - Lembah Klang Raya mampu direalisasikan melalui perancangan rapi dilaksanakan kerajaan Selangor dalam tempoh sepuluh tahun.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Ng Suee Lim berkata, meskipun ada pihak sangsi dengan idea itu, namun pihaknya yakin ia bukan misi mustahil.

Menurutnya, satu jawatankuasa telah dibentuk bagi merangka blueprint 2035 merangkumi sasaran menggabungkan empat bandar raya Shah Alam, Klang, Petaling Jaya dan Subang Jaya menjadi bandar metropolis.

"Misi ini nampak sukar dan ada yang sangsi tapi atas semangat Kita Selangor Maju Bersama dan Selangor sentiasa ke hadapan ia bukan sesuatu yang mustahil.

"Disebabkan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berani mencadangkan idea sepuluh tahun ke hadapan depan untuk melihat Selangor lebih maju, mampan dan mesra alam setaraf bandar raya mirip London, Tokyo dan Victoria," katanya kepada Sinar Harian.

Amirudin sebelum ini memberitahu Lembah Klang Raya berpotensi menjadi gagasan ekonomi utama Asia Tenggara dan mampu tersenarai antara lima metropolis utama di Asia.

Perancangan itu mampu meningkatkan kemakmuran negeri dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Suee Lim berkata, cadangan itu masih di peringkat awalan namun telah mengadakan beberapa sesi libat urus membabitkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat serta pemegang taruh ke arah penyediaan blueprint tersebut.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perancangan itu akan dapat dijayakan pada 2035 menyaksikan empat PBT itu dengan kekuatan penduduk 3.8 juta dapat digembleng menjadi sebuah kuasa besar.

"Semua PBT ini akan diselaraskan dari sudut pembangunan serta perkongsian pengkalan data dalam konteks bencana, trafik, reka bentuk bangunan

"Ia termasuk permohonan kebenaran merancang, pembangunan semula bandar antara empat PBT tersebut juga akan diseragamkan," ujar beliau.

Tambahnya, penumpuan kepada empat PBT bagi memudahkan perancangan susulan statusnya bertaraf bandar raya sebelum idea sama dikembangkan ke tempat lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!