[TIDAK RASMI] PRK Mahkota: Calon BN mendahului majoriti lebih 9,000 undi

Petugas Bilik Gerakan Utama (BGU) Barisan Nasional (BN) sibuk dengan pengiraan undi tidak rasmi PRK Mahkota pada Sabtu.
Petugas Bilik Gerakan Utama (BGU) Barisan Nasional (BN) sibuk dengan pengiraan undi tidak rasmi PRK Mahkota pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mendahului wakil Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar dengan majoriti 9,132 undi setakat jam 7.08 malam Sabtu.

Jumlah itu melebihi majoriti diperoleh penyandang kerusi tersebut pada pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Syed Hussien memperoleh 12,609 undi manakala Muhamad Haizan memperoleh 3,577 undi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi mengumumkan perkembangan tersebut di Bilik Gerakan Utama (BGU) Barisan Nasional (BN).

Jumlah itu berdasarkan 57 daripada 121 saluran yang telah dikira.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH (Pakatan Harapan) PN dan Warisan.

Artikel Berkaitan:

Secara keseluruhan terdapat 66,318 pengundi berdaftar bagi DUN Mahkota dengan pengundian awal bagi anggota tentera dan pasangan serta polis telah berlangsung pada Selasa, melibatkan 4,437 pengundi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengeluarkan kertas 607 undi pos pada 15 September dan melantik 1,126 petugas bagi mengendalikan proses PRK itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!