Bekalan elektrik di BGU PN kembali pulih jam 7 malam
KLUANG - Bekalan elektrik di bilik gerakan utama (BGU) Perikatan Nasional (PN) di Jalan Dahlia dekat sini yang terputus sebelum ini, sudah pulih sepenuhnya pada jam 7 malam.
Difahamkan bekalan elektrik di BGU PN terputus sejak jam 2.30 petang.
Kabel penghubung utama di Jalan Dahlia terbakar menyebabkan bekalan elektrik terputus.
Tinjauan pada jam 7 malam, mendapati keadaan di BGU PN agak lengang meskipun terdapat skrin layar memaparkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!