'Malam ini malam kita, ayuh eratkan lagi kerjasama' - MCA

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika berucap di BGU BN, Taman Sri Kluang pada Sabtu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon ketika berucap di BGU BN, Taman Sri Kluang pada Sabtu.
A
A
A

KLUANG - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) perlu terus memperkukuh kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan susulan kemenangan hatrik BN dalam tiga siri Pilihan Raya Kecil (PRK) iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Nenggiri dan Mahkota.

Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, kemenangan bergaya BN di Mahkota adalah sesuatu yang di luar jangka membuktikan betapa pentingnya kerjasama yang wujud.

"Saya rasa malam ini kita cukup bergembira dengan keputusan majoriti lebih daripada 20,000.

"(Kemenangan) ini sesuatu yang saya rasa mungkin pada awal di luar jangkaan kita, tapi berkat kerjasama daripada semua pihak itulah keputusannya.

"Apa yang penting adalah, dari sini bagaimana kita nak mengeratkan lagi kerjasama di antara dan sesama kita (BN-PH) dalam pakatan ini," katanya ketika berucap Bilik Gerakan Utama (BGU) BN di Taman Sri Kluang di sini pada Sabtu.

Pada masa sama, beliau berkata, kemenangan Syed Hussien Syed Abdullah wajar diraikan oleh semua jentera (BN-PH).

"Selamat maju jaya untuk kita semua.

"Malam ini, malam kita,"katanya.

Artikel Berkaitan:

PRK Mahkota menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusi dengan bergaya apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding pilihan raya negeri (PRN) 2022 iaitu 5,166 undi.

Syed Hussien mendapat 27,995 undi manakala pencabarnya, Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,347 undi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!