Tuah tidak menyebelahi Harimau Muda B-19

Muhammad Aiman Hakimi berusaha mengekang kemaraan pemain Tajikisatan, Daliev Azizbek dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Stadium Republican Central, Dushanbe pada Jumaat. Foto FAM (Gambar kecil: Jamal Nasir)
Muhammad Aiman Hakimi berusaha mengekang kemaraan pemain Tajikisatan, Daliev Azizbek dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Stadium Republican Central, Dushanbe pada Jumaat. Foto FAM (Gambar kecil: Jamal Nasir)
A
A
A

TUAH tidak menyebelahi skuad bola sepak Bawah 19 (B-19) tahun negara apabila tewas kepada pasukan pilihan Tajikistan yang meleburkan peluang mara ke pusingan akhir Piala Asia B-20 2025 di China tahun depan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, Harimau Muda B-19 telah memberikan aksi terbaik setelah tidak diberikan sebarang harapan selepas diundi dalam Kumpulan E bersama pasukan pilihan seperti Korea Utara, Oman dan Tajikistan.

“Pasukan muda kita ini tidak diberikan harapan langsung apabila diundi dalam kumpulan maut, namun pemain-pemain ini memberikan sepenuh jiwa setiap perlawanan, itu yang pasti apabila kita lihat ketika berdepan Oman dan Korea Utara serta Tajikistan.

“Jadi apabila tewas kepada Tajikistan dengan gol masa kecederaan di depan penyokong-penyokong tuan rumah, apa lagi yang kita boleh katakan selain mereka sudah berikan terbaik dan bakat-bakat muda ini perlu dikembangkan lagi selepas ini demi kemajuan bola sepak negara.

“Namun saya harap pemain-pemain Harimau Muda B-20 tidak terbawa-bawa dengan kekecewaan tewas kepada Tajikistan, sebaliknya bangkit tebus semula kekecewaan dengan tingkat kualiti meriah kemenangan ke atas Sri Lanka demi maruah bola sepak negara,” katanya sambil juga berharap pemain-pemain muda tidak memandang rendah keupayaan Sri Lanka yang disifatkan tidak rugi apa-apa dalam perlawanan pada Ahad.

Danish Hakimi bersaing dengan pemain Tajikistan, Ismatulloev Yunus dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Stadium Republican Central, Dushanbe pada Jumaat. Foto FAM
Danish Hakimi bersaing dengan pemain Tajikistan, Ismatulloev Yunus dalam aksi Kumpulan E Kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Stadium Republican Central, Dushanbe pada Jumaat. Foto FAM

Impian skuad kendalian Juan Torres Garrido untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia B-20 terpadam apabila jaringan minit ke-95, Khushvakhtov Dzhovidon menoktahkan cabaran negara dalam aksi Kumpulan E di Stadium Republican Central, Dushanbe pada Jumaat.

Ini selepas satu lagi pasukan pilihan Korea Utara mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Oman bagi memastikan gergasi Asia Timur itu menamatkan kempen kelayakan dengan mengungguli kumpulan setelah mengumpul 10 mata.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod hanya juara dan lima naib juara terbaik setiap kumpulan dengan China (tuan rumah) layak ke pusingan akhir ke temasya yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.

Anak buah Garrido ketika ini mengumpul empat mata berada di kedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata di belakang Tajikistan (enam mata) yang akan berdepan Oman dalam perlawanan terakhir kumpulan pada Ahad.

Mengulas kritikan segelintir pihak ketumpulan jentera penyudah skuad muda negara di Dushanbe, Jamal berkata: “Ketumpulan jentera penyudah tidak hanya menjadi masalah kepada pasukan junior Harimau Muda tetapi juga pasukan senior Harimau Malaya kerana pasukan kita sememangnya tidak memiliki penyerang semula jadi.

“Sebaiknya jurulatih perlu bijak untuk membentuk penyerang acuan mereka sendiri dalam kalangan pemain-pemain sedia ada dan ia akan mengambil tempoh masa.

“Saya ambil contoh, (Datuk) Zainal Abidin Hassan sebelum ini bermula di posisi pertahanan pasukan yang kemudian menyerlah menjadi penyerang legenda negara, puncanya sebab bakat dia berkembang dengan sokongan jurulatih dan persekitarannya.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!