Tikam saudara tiri kerana takut mimpi dibunuh jadi kenyataan

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk. Foto Agensi
Mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat pendarahan teruk. Foto Agensi
A
A
A

KARANGASEM - Akibat terlalu taasub dengan mimpi, seorang lelaki tergamak menikam saudara tirinya hingga mati.

Pelaku dikenali sebagai Nyoman Tista, 45, mengaku melakukan perbuatan itu terhadap Ketut Badung, 47, di Kabupaten Karangasem, Bali di Indonesia awal minggu lalu kerana takut jika mimpinya dibunuh oleh mangsa selama tiga hari berturut-turut akan menjadi kenyataan.

Saksi insiden itu yang juga jiran tetangga mereka, Ni Luh Sari, 41, berkata, dia melihat Nyoman menghampiri Ketut sebelum menghunus pisau pada dada kiri mangsa.

"Dia cuba melawan, namun tidak berdaya kerana luka parah yang dialaminya," kata jurucakap polis, Agus Adi Apriyoga.

Menurutnya, pelaku juga terpaksa dirawat di hospital kerana kecederaan pada tangan dan pahanya akibat bergelut dengan mangsa.

"Kami telah menyoal siasat suspek dan dia mengakui tiada sebarang masalah wujud antara mereka. Sengketa lama mereka juga sudah selesai," ujar Apriyoga sambil menambah mereka akan terus melakukan siasatan lanjut.

Ketika ini, siasatan awal polis mendapati peristiwa itu mungkin berlaku kerana dendam peribadi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!