Bookish Fun Day tampil kelainan

Peserta bergambar bersama penulis novel pada Bookish Fun Day sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.
Peserta bergambar bersama penulis novel pada Bookish Fun Day sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Buat julung kalinya sesi temu mesra antara penulis novel dengan peminat membawa kelainan dalam satu program menarik iaitu Bookish Fun Day pada Jualan Gudang Karangkraf 2024.

Antara pengkarya yang terlibat ialah Muhaymin Wahab (Skuad Taring Nusa), Arman Jazee (Sindiket II), Aini Bakar (Koyak), Nurul Syahida (Uncle Boss Mama) dan Iris Erika (Cinderlisa).

Pengarah Program Bookish Fun Day, Siti Nur Fatihah Abdul Rani berkata, ini kerana para peminat dapat meluangkan masa bersama penulis selama tiga jam tanpa henti.

“Ini bukan perjumpaan yang sering kita dengar, tetapi Karangkraf bawakan buat pertama kalinya peminat novel dapat berkenalan dengan lebih rapat dengan penulis kegemaran mereka dalam tempoh masa yang lama.

“Menariknya hanya 10 orang peminat bertuah terpilih untuk berada dalam aktiviti hari ini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Siti Nur Fatihah (kiri), Nurien Aina
Siti Nur Fatihah (kiri), Nurien Aina

Tambah Siti Nur Fatihah, pihaknya tidak mahu konsep temu mesra bersifat tipikal tetapi menginginkan sesuatu yang mampu memberikan kesan mendalam kepada penulis dan peminat.

“Objektifnya adalah untuk meraikan kebersamaan mereka. Banyak aktiviti yang dijalankan, antaranya pusing botol, buat cerita dan tulis surat untuk watak.

Artikel Berkaitan:

“Kita juga buat secara tertutup kerana ia sangat eksklusif dan untuk pengetahuan semua, peminat dipilih dalam kalangan mereka yang membuat pembelian buku bermula 1 hingga 28 September, di platform Karangkraf,” jelasnya.

Menurutnya, idea untuk Bookish Fun Day diilhamkan dari negara luar yang sangat meraikan hubungan antara penulis dengan peminat.

Aktiviti penulis-peminat di Bookish Fun Day sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.
Aktiviti penulis-peminat di Bookish Fun Day sempena Jualan Gudang Karangkraf 2024 pada Sabtu.

Seorang pelajar universiti tempatan, Nurien Aina Ahmad Marzuki, 21, berkata, ia merupakan kali pertama dia menghadiri perjumpaan penulis-peminat dengan konsep seperti itu.

“Apa yang Karangkraf buat ini adalah luar daripada kebiasaan dan saya rasa sangat seronok.

“Sebagai peminat buku, saya sangat berharap penerbit adakan program seperti ini supaya kami dapat berinteraksi dengan penulis kegemaran dengan lebih lama dan mendalam,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!