'Persefahaman UMNO-DAP kunci Kerajaan Perpaduan' - Puad Zarkashi

Mohd Puad Zarkashi, Syed Hussien
Mohd Puad Zarkashi, Syed Hussien
A
A
A

SHAH ALAM - Meraih majoriti lebih 20,000 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bakal memantapkan dan mematangkan lagi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, menerusi PRK tersebut, ia telah membimbing kerjasama BN-PH yang lebih serius.

“Slogan ‘No DAP’ tidak lagi laku. Sebaliknya ia alasan syok sendiri bagi mereka yang mahu melompat parti atau tidak ada masa hadapan dalam UMNO.

“Persefahaman UMNO-DAP adalah kunci utama kelangsungan Kerajaan Perpaduan. Mahkota adalah formula terbaik. Perbezaan pendapat seperti isu halal tidak menjejaskan kemenangan. Tidak ada boikot. DAP jelas komited berkempen,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada PRK DUN Mahkota, Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah menang dengan majoriti sebanyak 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Secara keseluruhan, Ketua Pemuda UMNO Kluang itu memperoleh undian sebanyak 27,995 undi sementara Mohamad Haizan, 7,347.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut mempersoal sama ada kemenangan itu akan mewujudkan pemberontakan dalaman pihak pembangkang seperti ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kalah di Tanjung Piai.

“Kita tunggu jika Azmin (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) akan melakukan langkah Sheraton 2.0. Kali ini DAP bukan lagi alasan. Mesti ada ‘kambing hitam’ baharu,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!