Tolak MoU hanya rugikan rakyat di kawasan masing-masing

Syed Abu Hussin (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Majlis Penutup Kejohanan Memancing Kelubong Challenge di Dewan Orang Ramai Kampung Kelubong pada Sabtu.
Syed Abu Hussin (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena Majlis Penutup Kejohanan Memancing Kelubong Challenge di Dewan Orang Ramai Kampung Kelubong pada Sabtu.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Sikap pembangkang yang enggan meneruskan rundingan perjanjian persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dengan kerajaan hanya merugikan rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, penolakan MoU berkenaan hanyalah permainan pembangkang untuk menunjukkan kononnya kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim zalim.

Menurutnya, sedangkan peluang masih diberikan kerajaan untuk berunding bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen pembangkang menerima peruntukan yang disediakan.

"Ahli Parlimen pembangkang bila turun kawasan dia marah kerana kata tak bagi duit sebab tak ada peruntukan tetapi sebenarnya merekalah kena bersedia berunding dan menerima apa-apa syarat yang sepatutnya mereka terima.

"Jadi saya sekali lagi menyeru kepada ahli-ahli pembangkang sokonglah kerajaan, sokonglah PMX (Anwar). Sokong PMX rakyat akan dapat manfaat. Rakyat sekarang dimomokkan oleh parti pembangkang mengatakan ekonomi teruk dan sebagainya tetapi sekarang bila ringgit dah kukuh keadaan ekonomi kita bertambah baik," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutup Kejohanan Memancing Kelubong Challenge di Dewan Orang Ramai Kampung Kelubong di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan pembangkang sebulat suara menolak MoU Mengenai Peruntukan Pembangkang yang dikemukakan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana beberapa syarat dikenakan dalam MoU dikhuatiri boleh menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, ia turut bertentangan dengan nilai budaya, moral dan agama apabila draf MoU itu mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, budaya, moral agama serta tempatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!