Mat rempit, pelumba kereta haram beraksi malam minggu dicekup

Antara penunggang motosikal yang dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Balik Pulau, pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Yusri
Antara penunggang motosikal yang dikesan melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Balik Pulau, pada Sabtu. Gambar kecil: Mohd Yusri
A
A
A

BALIK PULAU - Aksi samseng jalanan yang menjadikan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, sebagai 'litar' pamer aksi berbahaya menjerat diri selepas ditahan polis, pada Sabtu.

Operasi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman bermula jam 1 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya berjaya menahan 15 individu terdiri daripada 14 penunggang motosikal dan seorang pemandu kereta.

Katanya, tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Mazda Roadster RF dan dikesan melakukan aksi seretan tayar dengan pusingan bulatan sebanyak dua kali.

JSPT melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal yang ditahan sepanjang operasi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Balik Pulau, pada Sabtu.
JSPT melakukan pemeriksaan terhadap penunggang motosikal yang ditahan sepanjang operasi di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Balik Pulau, pada Sabtu.

"Tangkapan seterusnya melibatkan 14 penunggang motosikal terdiri daripada usia 12 hingga 24 tahun.

"Kumpulan motosikal ini dikesan melakukan aksi superman, zig-zag dan bersaing sesama sendiri," katanya pada Ahad.

Beliau berkata, kereta jenis Mazda Roadster RF dan 14 motosikal antaranya jenis Modenas Kriss, Honda Dash, Honda EX5 serta Yamaha Y15ZR telah dirampas untuk siasatan pihak polis.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!