'Orang kuat' urus aliran tunai GISBH, isteri disambung reman

Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersama isterinya disambung reman lima hari bermula pada Ahad.
Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersama isterinya disambung reman lima hari bermula pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Individu disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) bersama isterinya disambung reman lima hari bermula pada Ahad.

Dua suspek terbabit sebelum itu dibawa menggunakan kenderaan polis sebelum tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira jam 10 pagi.

Kenderaan membawa suspek diiringi motosikal serta kenderaan unit peronda polis (MPV) selain dikawal beberapa anggota bertugas.

Perintah sambung reman terhadap dua suspek masing-masing berumur lingkungan 50-an itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Nurshahira Abdul Salim di bawah Seksyen 31 (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007.

Kedua-dua suspek berkenaan diwakili Peguam Rosli Kamaruddin sebelum ini direman tujuh hari bermula pada 23 September lalu.

Seramai 15 anak seorang pimpinan GISBH diputuskan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk dihantar ke rumah perlindungan berasingan yang terletak di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur.
Seramai 15 anak seorang pimpinan GISBH diputuskan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk dihantar ke rumah perlindungan berasingan yang terletak di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan salah seorang individu yang disyaki berperanan sebagai pengendali aliran tunai dalam rangkaian GISBH telah ditahan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu itu diberkas dalam Op Global Fasa 4, di Butterworth, Pulau Pinang, Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, individu terbabit diberkas selepas pihak polis memberkas pemimpin utama GISBH di ibu negara, minggu lalu.

Dalam perkembangan sama, 15 anak-anak salah seorang pimpinan GISBH diputuskan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam untuk dihantar ke rumah perlindungan berasingan yang terletak di Johor dan Cheras, Kuala Lumpur.

Kesemua individu terbabit terdiri daripada sembilan lelaki dan enam perempuan berumur tiga hingga 16 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!