Taktik simpan dadah dalam kereta lama terbongkar

Kereta lama yang dijadikan stor atau tempat simpanan dadah.
Kereta lama yang dijadikan stor atau tempat simpanan dadah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis berjaya membongkar taktik satu sindiket pengedaran dadah yang menggunakan kereta lama sebagai stor atau tempat penyimpanan dadah hasil dua serbuan dalam satu operasi khas di sekitar kawasan Kulai dan Skudai, pada Khamis

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, dalam serbuan yang dibuat pada 4 petang hingga 9 malam itu, polis turut menahan empat lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 29 hingga 49 tahun bersama sejumlah rampasan dadah.

Malah katanya, hasil ujian air kencing mendapati dua daripada suspek tersebut positif dadah jenis methamphetamine dan hasil hasil semakan rekod mendapati kedua-duanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah.

"Dalam operasi ini, pihak polis telah berjaya membuat rampasan 55,904 gram ganja dalam bentuk 55 ketulan mampat dan dianggarkan bernilai RM173,302, 11,795.00 gram heroin bernilai RM113,493.26, 122.70 gram syabu, 70 biji pil eramin 5 seberat 21.00 gram yang bernilai RM1,400 dan 150 biji pil ektasi bernilai RM7,500 seberat 70.0 gram menjadikan jumlah nilai rampasan dadah adalah RM309,192.

Kumar menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas.
Kumar menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas.

"Malah, dianggarkan, dadah yang dirampas lama operasi ini boleh digunakan oleh seramai 115,712 penagih.

"Plot polis turut membuat sitaan terhadap dua kereta dengan nilai sitaan RM98,000, sebuah motosikal (RM8,000), seutas rantai leher (RM13,940), wang tunai berjumlah RM233 dan menjadikan jumlah barang yang disita berjumlah RM120,173," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Johor, pada Ahad.

Secara keseluruhannya, jumlah nilai rampasan dadah dan sitaan berjumlah RM429,365.

Artikel Berkaitan:

Suspek direman selama tujuh hari mulai Khamis hingga Rabu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup yang mana boleh juga dikenakan sebatan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!