PRK Mahkota beri gambaran jelas rakyat sokong Kerajaan Perpaduan

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan meraikan kemenangan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Command Centre BN malam tadi. Foto Bernama
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi bersama Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Ahmad Maslan meraikan kemenangan calon BN Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Command Centre BN malam tadi. Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Kemenangan cemerlang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap konsep perpaduan yang diterajui oleh Kerajaan Perpaduan.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Ezzham Aizzil Abu Hanifah berkata, kejayaan di DUN Mahkota membuktikan bahawa rakyat lebih memilih kestabilan politik.

Beliau berkata, kerjasama antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang melahirkan kestabilan menjadi pilihan daripada perpecahan politik yang diutarakan oleh sesetengah pihak.

"Keputusan PRK ini juga merupakan tafsiran jelas bahawa rakyat percaya kepada kemampuan Kerajaan Perpaduan untuk memimpin dengan adil dan membawa kemajuan yang lebih inklusif.

"Kerjasama yang erat antara parti-parti komponen dalam kerajaan telah memberi kesan positif dalam mengekalkan keharmonian dan memenuhi keperluan rakyat.

"AMK Johor melihat ini sebagai satu tand aras penting untuk masa depan politik Johor dan Malaysia secara keseluruhan," katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, AMK Johor komited untuk terus memperjuangkan nilai-nilai perpaduan dan integriti yang menjadi teras kepada kerajaan pada masa kini.

"Melalui kerjasama politik yang kukuh, kami yakin Johor mampu menikmati kemajuan yang mampan, di samping mewujudkan suasana politik yang lebih stabil dan kondusif untuk semua lapisan masyarakat," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan kiraan rasmi diumumkan, Syed Hussien memperoleh 27,995 undi mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang memperoleh 7,347 undi.

Dengan kemenangan itu, BN sekali gus mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar, empat kali ganda berbanding dicatatkan parti di kerusi sama pada Pilihan raya Negeri 2022.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!